Tuesday, February 26, 2013

Aku yang berdarah o+

Assalamualaikum

Harini tetibe mood semngat nak tahu pasal darah sendiri n darah tunang
Aku memang suke gak ilmu pasal kesihatan and anggota badan ni, senang citer memang suke subject biology tp kimia x suke..
So aku pon boogle lah macam macam tentang jenis darah o ni, dari kelebihan smpi lah keburukan

Then jumpe lah satu blogger ni cerita pasal jenis darah o, tp sebelum tu aku dah ggole gak dr J.D Adamo yang femes pasal bukunye tentang jenis darah..
Penulisan blogger ni pon lebih kurg lah ngn doc tu bgtau cuma blogger tu in BM je la kan, so dr ape yg aku baca, buat aku tersenyum sendri sbb, ap yg dia tulis tu kebanyakkan ciri ciri memang ada and tepat je ngn diri aku ni.. Haha tu tg senyum tuuuuuuu..

Ok aku share cni

Darah jenis O - Sosial, Aktif, Yakin

Sifat positif : Bercita-cita tinggi, bersemangat, teguh dan mempunyai keyakinan diri.
Sifat negatif : Angkuh, tidak sensitif, kejam dan cuai

Dirujuk sebagai 'pahlawan'. Mereka mempunyai personaliti yang menyerlah dan bakat untuk memimpin orang lain. Kesungguhan dan kejujuran adalah antara ciri-ciri terbesar mereka yang berdarah O. Mereka yang berdarah O mudah mendapat kawan walau dimana sahaja mereka pergi dan mempunyai kemahiran sosial yang besar. Walaupun mereka sentiasa tertanya-tanya tentang banyak perkara, mereka juga jenis yang mudah bosan. Orang yang berdarah O mampu menaikkan mood ceria dalam sesebuah kumpulan dan mengambil peranan sebagai seseorang yang mampu mewujudkan keharmonian dikalangan ahli lain. Ini kerana mereka sendiri adalah seorang yang ceria dan riang.

Orang lain mungkin melihat mereka seperti seorang yang tenang dan terkawal, tetapi mereka juga tergolong dalam orang yang cuai. Mereka cenderung memulakan sesuatu perkara, tetapi jarang menghabiskan perkara yang mereka mulakan itu. Mereka juga cenderung menjadi seorang kekasih yang sangat obses dengan cinta. Kelebihan yang harus dipuji ialah mereka tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Positif tentang masa lampau, oleh itu mereka tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Mereka selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus..

Bagaimana mereka bekerja?
Berkeupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin. Mereka yang berdarah O sering mengabaikan perkara terperinci.



Haaaaaaaaaaa, see! Dah baca kan, so boleh lah mengenali aku sket sket kan..

Btw kalo kat jepun or korea diorg dlm memilih pekerja mahupon memilih pasagan, mereka sangat menitik beratkan pasal darah ni, kat malaysia jek org wat dunno jek..

Aku sbb minat nk tau jugak, bukan ape terasa syok jika kita dr xtahu jd tahu, i love that feeling...

Ok lah tu saja

Daaaaaa

Ct

No comments:

Post a Comment

psssst:

hye dear its just a story telling about myself n wut im doing.. so far im doing good

Followers